EDUDRONE SEMARAK MINAT BELIA TERHADAP TEKNOLOGI
MEMBAKUT | SABTU, 11 OKTOBER 2025
EDUDRONE SEMARAK MINAT BELIA TERHADAP TEKNOLOGI
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (KSTI) dengan kerjasama Fakulti Kejuruteraan (FKJ) dan U-Science Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah menganjurkan EduDrone: Fun Flying Fan: Drone di E-Desa Saga-Saga, Membakut pada Sabtu lalu.
Program ini bertujuan memupuk minat belia terhadap teknologi dron dan telah disertai oleh 16 orang peserta dari sekitar Kg. Saga-Saga, Membaku. Bengkel ini merangkumi dua pengisian utama iaitu sesi teori dan praktikal, yang memberi pendedahan menyeluruh mengenai asas teknologi dron, komponen utama, jenis-jenis dron serta teknik pengendalian yang selamat dan berkesan. Melalui penganjuran program ini, para peserta bukan sahaja memperoleh ilmu pengetahuan baharu, malah berpeluang mengendalikan sendiri dron di bawah bimbingan fasilitator dan tenaga pengajar berpengalaman.
Semoga inisiatif dan pendedahan ini menjadi pemangkin kepada semangat dan minat belia terhadap teknologi moden, seterusnya melahirkan generasi muda yang celik teknologi, inovatif serta mampu menyumbang kepada kemajuan masyarakat dan negeri Sabah.
U-Science UMS
#kementeriansainsteknologidaninovasisabah
#KSTI
#edesa



