PROGRAM SARINGAN KESIHATAN KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI (KSTI) SEMPENA AGENDA NASIONAL MALAYSIA 2025
KOTA KINABALU | KHAMIS, 13 NOVEMBER 2025
PROGRAM SARINGAN KESIHATAN KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI (KSTI) SEMPENA AGENDA NASIONAL MALAYSIA 2025
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) Sabah telah menganjurkan Program Saringan Kesihatan bersempena Agenda Nasional Malaysia bertempat di Ruang Legar Aras 13, Wisma Bandaraya, Khamis lalu.
Program ini dilaksanakan bagi meningkatkan kesejahteraan penjawat awam melalui pemerkasaan kesedaran kesihatan serta amalan gaya hidup sihat. Majlis turut diperkaya dengan slot pengisian kesihatan dan gaya hidup sihat yang disampaikan oleh pegawai daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), bertujuan memperkukuh pengetahuan peserta mengenai kepentingan penjagaan kesihatan secara berterusan.
Selain itu, saringan kesihatan turut dijalankan oleh pihak KKM kepada warga kementerian, jabatan serta agensi di bawah naungan KSTI iaitu Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri (JPKN), Perpustakaan Negeri Sabah (PNS), Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM), Sabah Net Sdn. Bhd. (SNET), Sabah Creative Economy and Innovation Centre (SCENIC) dan Sabah Skills and Technology Centre (SSTC) untuk mengetahui tahap kesihatan masing-masing serta mendapatkan nasihat awal daripada pakar kesihatan.



