Skip to main content

Malaysia crest

Sabah crest

.

Menu

LAMAN WEB RASMI KEMENTERIAN PENDIDIKAN, SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI SABAH

.

  • Utama
  • Profil
    • Perutusan Menteri
    • Latar Belakang
    • Visi, Misi dan Moto
    • Objektif
    • Fungsi Utama Bahagian
    • Piagam Pelanggan
    • Carta Organisasi
    • Direktori
    • Tender & Sebutharga
  • Media
    • Keratan Akhbar
    • Galeri Foto
    • Buku Digital
    • Galeri Video
  • Muat Turun
  • Pautan
    • Pautan Pengguna Kerajaan
    • Pautan Berkaitan
    • Dashboard KSTI
    • Permohonan Kursus ICT dan Bahasa
    • Repositori Digital Integriti
  • Microsite
    • Sabah Screen Fest
    • MaPTIS
Close

Main navigation (mobile)

  • Utama
  • Profil
    • Perutusan Menteri
    • Latar Belakang
    • Visi, Misi dan Moto
    • Objektif
    • Fungsi Utama Bahagian
    • Piagam Pelanggan
    • Carta Organisasi
    • Direktori
    • Tender & Sebutharga
  • Media
    • Keratan Akhbar
    • Galeri Foto
    • Buku Digital
    • Galeri Video
  • Muat Turun
  • Pautan
    • Pautan Pengguna Kerajaan
    • Pautan Berkaitan
    • Dashboard KSTI
    • Permohonan Kursus ICT dan Bahasa
    • Repositori Digital Integriti
  • Microsite
    • Sabah Screen Fest
    • MaPTIS

Galeri Foto

05-12-2025 SESI TAKLIMAT BERSAMA YB MENTERI DAN YB PEMBANTU MENTERI PENDIDIKAN, SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI SABAH

KOTA KINABALU | JUMAAT, 5 DISEMBER 2025

SESI TAKLIMAT BERSAMA YB MENTERI DAN YB PEMBANTU MENTERI PENDIDIKAN, SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI SABAH

Setiausaha Tetap Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, YBhg. Tuan Hassan bin Mahali, telah menyampaikan sesi taklimat kepada YB Datuk James bin Ratib, Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, serta YB Jordan Jude, Pembantu Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, bertempat di Bilik Mesyuarat Broadband, Wisma Bandaraya, Kota Kinabalu.

Taklimat ini bertujuan memberikan penerangan menyeluruh mengenai struktur organisasi kementerian serta jabatan dan agensi di bawah naungannya. Dalam sesi tersebut, YB Menteri turut menyampaikan amanat serta hala tuju kementerian bagi tempoh lima (5) tahun ke hadapan, dengan penekanan terhadap usaha memperkasa pendidikan, sains, teknologi dan inovasi.

Seluruh warga kementerian merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan mengalu-alukan kehadiran YB Menteri dan YB Pembantu Menteri. Semoga kepimpinan YB Menteri dan YB Pembantu Menteri dapat terus memperkukuh serta memperkasakan hala tuju pendidikan, sains, teknologi dan inovasi di Negeri Sabah.

Turut hadir sama, Timbalan Setiausaha Tetap I, Puan Doria Tai Yun Tyng; Timbalan Setiausaha Tetap II, Encik Shafaruddin bin Halide; Pengarah Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri (JPKN), Puan Ernywati Dewi Abas; Pengarah Perpustakaan Negeri Sabah, Encik George Yih Ching Yaw; Pengarah Jabatan Pembangunan Sumber Manusia, Puan Kamsiah binti Ibrahim; Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Net, Encik Chin Kah Yi; Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif (SCENIC), Puan Uliantie Sarjuni; Pengarah SSTC, Puan Natalie Fung; Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sabah (JPNS), Encik Mohd Fadzli bin Abd Rozan; Pengarah SKMM Cawangan Kota Kinabalu, Encik TS. Reuben James Pailus; serta para Timbalan Pengarah, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, ketua-ketua bahagian dan pegawai kementerian, jabatan serta agensi yang berkaitan.
#kementerianpendidikansainsteknologidaninovasisabah
#KPSTI
#MESTIS

Kembali ke Galeri Foto

KEMENTERIAN PENDIDIKAN, SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI SABAH

.

Tingkat Bawah, 6, 8 – 11 dan 13, Wisma Bandaraya,
Jalan Masjid Lama, 88000 Kota Kinabalu.

088-288333 | 088-269071

admin.ksti@sabah.gov.my

  • Facebook
  • YouTube
  • Dashboard KSTI
  • Direktori

Footer menu 2023

  • Dasar Keselamatan
  • Penafian
  • Polisi Hak Cipta
  • Polisi Privasi

Hak cipta © Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah.

Kemaskini terakhir: 25/03/2026

QR code to KSTI website

REPOSITORI
Digital Integriti

Klik untuk baca lebih lanjut mengenai Integriti Digital
CAKNABAHASA