Skip to main content

Malaysia crest

Sabah crest

.

Menu

LAMAN WEB RASMI KEMENTERIAN PENDIDIKAN, SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI SABAH

.

  • Utama
  • Profil
    • Perutusan Menteri
    • Latar Belakang
    • Visi, Misi dan Moto
    • Objektif
    • Fungsi Utama Bahagian
    • Piagam Pelanggan
    • Carta Organisasi
    • Direktori
    • Tender & Sebutharga
  • Media
    • Keratan Akhbar
    • Galeri Foto
    • Buku Digital
    • Galeri Video
  • Muat Turun
  • Pautan
    • Pautan Pengguna Kerajaan
    • Pautan Berkaitan
    • Dashboard KSTI
    • Permohonan Kursus ICT dan Bahasa
    • Repositori Digital Integriti
  • Microsite
    • Sabah Screen Fest
    • MaPTIS
Close

Main navigation (mobile)

  • Utama
  • Profil
    • Perutusan Menteri
    • Latar Belakang
    • Visi, Misi dan Moto
    • Objektif
    • Fungsi Utama Bahagian
    • Piagam Pelanggan
    • Carta Organisasi
    • Direktori
    • Tender & Sebutharga
  • Media
    • Keratan Akhbar
    • Galeri Foto
    • Buku Digital
    • Galeri Video
  • Muat Turun
  • Pautan
    • Pautan Pengguna Kerajaan
    • Pautan Berkaitan
    • Dashboard KSTI
    • Permohonan Kursus ICT dan Bahasa
    • Repositori Digital Integriti
  • Microsite
    • Sabah Screen Fest
    • MaPTIS

Galeri Foto

14-12-2025 PROGRAM “SALAM WALK 3KM” KEMENTERIAN PENDIDIKAN, SAINS, TEKNOLOGI DAN INOASI (KPSTI) SABAH.

KOTA KINABALU | AHAD, 14 DISEMBER 2025

PROGRAM “SALAM WALK 3KM” KEMENTERIAN PENDIDIKAN, SAINS, TEKNOLOGI DAN INOASI (KPSTI) SABAH.

Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi (KPSTI) Sabah telah menganjurkan Program Salam Walk 3KM sempena Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) di Tasik Rekreasi Likas, Kota Kinabalu, pada Ahad lalu. Program ini telah menghimpunkan warga jabatan dan agensi di bawah naungan KPSTI Sabah, antaranya adalah Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri (JPKN), Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM), Perpustakaan Negeri Sabah (PNS), Sabah Net (SNET) Sdn. Bhd., Sabah Creative Economy and Innovation Centre (SCENIC) serta Sabah Skills and Technology Centre (SSTC).

Program ini turut diserikan dengan kehadiran Yang Berhormat (YB) Jordan Jude Ellron, Pembantu Menteri Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah; YBhg. Tuan Hassan bin Mahali, Setiausaha Tetap KPSTI Sabah; Puan Ernywati Dewi Abas, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri (JPKN) Sabah; Encik George Yih Ching Yaw, Pengarah Perpustakaan Negeri Sabah (PNS); serta Puan Kamsiah binti Ibrahim, Pengarah Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM), di samping wakil-wakil pengarah, wakil ketua pegawai eksekutif, timbalan-timbalan pengarah dan pegawai-pegawai eksekutif. Aktiviti dimulakan dengan sesi pemanasan badan menerusi senamrobik sebelum para peserta menyertai sesi berjalan pantas (brisk walk) sejauh 3 kilometer yang telah dilepaskan secara rasmi oleh YB Pembantu Menteri.

Semoga melalui penganjuran program ini, ia dapat memupuk amalan gaya hidup sihat dalam kalangan warga kementerian, mengeratkan hubungan silaturahim serta menyokong usaha kerajaan dalam melahirkan masyarakat yang sihat, aktif dan sejahtera
#kementerianpendidikansainsteknologidaninovasisabah
#kpsti
#salamwalk3km.

Kembali ke Galeri Foto

KEMENTERIAN PENDIDIKAN, SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI SABAH

.

Tingkat Bawah, 6, 8 – 11 dan 13, Wisma Bandaraya,
Jalan Masjid Lama, 88000 Kota Kinabalu.

088-288333 | 088-269071

admin.ksti@sabah.gov.my

  • Facebook
  • YouTube
  • Dashboard KSTI
  • Direktori

Footer menu 2023

  • Dasar Keselamatan
  • Penafian
  • Polisi Hak Cipta
  • Polisi Privasi

Hak cipta © Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah.

Kemaskini terakhir: 25/03/2026

QR code to KSTI website

REPOSITORI
Digital Integriti

Klik untuk baca lebih lanjut mengenai Integriti Digital
CAKNABAHASA