Skip to main content

Malaysia crest

Sabah crest

.

Menu

LAMAN WEB RASMI KEMENTERIAN PENDIDIKAN, SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI SABAH

.

  • Utama
  • Profil
    • Perutusan Menteri
    • Latar Belakang
    • Visi, Misi dan Moto
    • Objektif
    • Fungsi Utama Bahagian
    • Piagam Pelanggan
    • Carta Organisasi
    • Direktori
    • Tender & Sebutharga
  • Media
    • Keratan Akhbar
    • Galeri Foto
    • Buku Digital
    • Galeri Video
  • Muat Turun
  • Pautan
    • Pautan Pengguna Kerajaan
    • Pautan Berkaitan
    • Dashboard KPSTI
    • Permohonan Kursus ICT dan Bahasa
    • Repositori Digital Integriti
  • Microsite
    • MaPTIS
Close

Main navigation (mobile)

  • Utama
  • Profil
    • Perutusan Menteri
    • Latar Belakang
    • Visi, Misi dan Moto
    • Objektif
    • Fungsi Utama Bahagian
    • Piagam Pelanggan
    • Carta Organisasi
    • Direktori
    • Tender & Sebutharga
  • Media
    • Keratan Akhbar
    • Galeri Foto
    • Buku Digital
    • Galeri Video
  • Muat Turun
  • Pautan
    • Pautan Pengguna Kerajaan
    • Pautan Berkaitan
    • Dashboard KPSTI
    • Permohonan Kursus ICT dan Bahasa
    • Repositori Digital Integriti
  • Microsite
    • MaPTIS

Galeri Foto

14-09-2026 MENTERI PENDIDIKAN, SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI SABAH, YB DATUK JAMES RATIB TELAH MENERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA ROMBONGAN SMK TAUN GUSI II, KOTA BELUD

MENTERI PENDIDIKAN, SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI SABAH, YB DATUK JAMES RATIB TELAH MENERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA ROMBONGAN SMK TAUN GUSI II, KOTA BELUD

KOTA KINABALU | ISNIN, 14 SEPTEMBER 2026

Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, YB Datuk James Ratib, telah menerima kunjungan hormat daripada rombongan SMK Taun Gusi II, Kota Belud, yang diketuai oleh Pengetua sekolah, Tuan Soo Yong Huat, bertempat di pejabat rasmi beliau. Pertemuan ini memberi ruang perbincangan yang membina untuk bertukar pandangan secara terperinci mengenai perkembangan semasa, isu prasarana, serta keperluan mendesak sektor pendidikan di peringkat sekolah menengah demi memastikan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif.

Turut menyertai delegasi tersebut ialah Penolong Kanan Pentadbiran serta Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Taun Gusi II. YB Datuk James Ratib merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih atas kunjungan ini dan menzahirkan komitmen bahawa Kerajaan Negeri melalui Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (KPSTI) sentiasa prihatin serta bersedia memberi sokongan padu kepada institusi sekolah dalam memajukan agenda pendidikan dan sahsiah anak-anak Sabah, selaras dengan aspirasi Sabah Maju Jaya.

Kembali ke Galeri Foto

KEMENTERIAN PENDIDIKAN, SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI SABAH

.

Tingkat Bawah, 6, 8 – 11 dan 13, Wisma Bandaraya,
Jalan Masjid Lama, 88000 Kota Kinabalu.

088-277340 |

admin.ksti@sabah.gov.my

  • Facebook
  • YouTube
  • Dashboard KSTI
  • Direktori

Footer menu 2023

  • Dasar Keselamatan
  • Penafian
  • Polisi Hak Cipta
  • Polisi Privasi

Hak cipta © Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah.

Kemaskini terakhir: 24/09/2026

QR code to KSTI website

REPOSITORI
Digital Integriti

Klik untuk baca lebih lanjut mengenai Integriti Digital
CAKNABAHASA