CREATOR ENTREPRENEUR BOOTCAMP 2026

KOTA KINABALU AHAD 12 Julai 2026

Yang Berhormat Jordan Jude telah mewakili YB Menteri KPSTI bagi merasmikan Creator Entrepreneur Camp 2026 di Aras 9 , Wisma Bandaraya, pagi hari kelmarin. Jude dalam ucapannya berkata “Persatuan Usahawan Sabah secara konsisten telah memacu pembangunan keusahawanan di Sabah sepanjang 9 tahun yang lalu. Kecekalan selama 9 tahun ini bukan sahaja merupakan satu pencapaian yang membanggakan, malah ia mewakili pelaburan jangka panjang terhadap bakat, idea inovatif, serta pembangunan masa depan Sabah”. Sasaran 100 orang usahawan dalam setahun dapat di wujudkan melalui pogram seumpama ini.

Menurut beliau, Keusahawanan pada masa kini bukan lagi sekadar menubuhkan sebuah syarikat, tetapi yang lebih penting adalah menyelesaikan masalah, memacu inovasi, dan membina perniagaan yang mempunyai daya saing antarabangsa. Para usahawan juga disarankan untuk mengenali dan memahami Bidang Kecerdasan Buatan ( AI ) bagi menyokong pembangunan peniagaan mampan.

Turut Hadir Bersama Yang Berbahagia Datuk Thomas Logijin, Setiausaha Tetap, Kementerian Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah, Encik Abil Songping, Penolong Setiausaha Kanan mewakili YBhg. Datuk Hassan bin Mahali, Setiausaha Tetap, Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Dato' George Lim, Presiden Pengasas Sabah Entrepreneurs Transformation (SET), serta para jemputan lain.