KOTA KINABALU | JUMAAT, 21 NOVEMBER 2025

FORUM INTEGRITI DAN KECEKAPAN DALAM ERA DIGITAL SEMPENA PELAKSANAAN VARSHA INTEGRITI 2025

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) Sabah telah menganjurkan Forum Integriti dan Kecekapan dalam Era Digital bersempena pelaksanaan Varsha Integriti Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah 2025. Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, diiringi oleh YBhg. Tuan Hassan bin Mahali, Setiausaha Tetap KSTI Sabah serta Puan Samsakiah binti Jamil, Ketua Bahagian Integriti dan Governans Negeri Sabah bertempat di Dewan Auditorium, Menara Kinabalu.

Forum ini menekankan kepentingan integriti, tadbir urus yang berkesan dan kecekapan digital dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan kerajaan, selaras dengan agenda pendigitalan Negeri Sabah, serta menampilkan barisan moderator dan panel yang berwibawa, terdiri daripada Encik Disney Edward Lai, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kerajaan Digital selaku moderator; Puan Doria Tai Yun Tyng, Timbalan Setiausaha Tetap I KSTI Sabah; Prof. Ts. Dr. Rayner Alfred, Profesor Sains Komputer Universiti Malaysia Sabah (UMS); serta Ts. Ebenezer P. Godomon, Timbalan Pengarah II merangkap Ketua Penolong Pengarah Keselamatan Siber, Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri (JPKN) Sabah
#vershaintegriti2025
#ksti
#kementeriansainsteknologidaninovasisabah