KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA SABAH SOCIAL ENTREPRENEUR & ECO DEVELOPMENT (SEED) kepada MENTERI PENDIDIKAN, SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI SABAH, YB DATUK JAMES RATIB
KOTA KINABALU |RABU 15 JULAI 2026
Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, YB Datuk James Ratib, telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Sabah Social Entrepreneur & Eco Development (SEED) yang diketuai oleh Presidennya, YBhg. Datuk Aminah Ambrose, Kunjungan strategik ini menjadi platform bermakna dalam membincangkan langkah memperkasa pembangunan modal insan, keusahawanan sosial, inovasi, serta kelestarian alam sekitar di Sabah. Kerajaan Negeri melalui Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (KPSTI) sentiasa mengalu-alukan kolaborasi rentas sektor bagi memperkukuh ekosistem pendidikan, sains, dan teknologi yang memberi manfaat mampan kepada rakyat, terutamanya generasi muda.
YB Datuk James Ratib yakin bahawa sinergi antara pihak kerajaan dan organisasi seperti SEED bakal membuka lebih banyak ruang kerjasama untuk melahirkan masyarakat yang berdaya saing, inovatif, serta peka terhadap pembangunan lestari. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Setiausaha Tetap KPSTI, YBhg. Datuk Hassan Mahali, serta Timbalan Setiausaha Tetap I KPSTI, YBhg. Puan Doria Tai Yun Tyng. Beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh delegasi SEED atas kunjungan tersebut, sambil berharap hubungan baik ini dapat diterjemahkan menerusi inisiatif berimpak tinggi demi menjayakan aspirasi Sabah Maju Jaya.
#sabahmajujaya #kpsti #kementerianpendidikansainsteknologidaninovasisabah