Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, YB Datuk James bin Ratib, telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke ibu pejabat Digital Nasional Berhad (DNB) di Menara TRX 106, Kuala Lumpur bagi meneroka peluang memperkasa industri sains dan teknologi melalui penambahbaikan infrastruktur rangkaian 5G.
Sesi perbincangan ini memberikan focus utama kepada usaha memperluaskan penggunaan capaian 5G secara lebih menyeluruh, khususnya dalam menyokong ekosistem pendidikan, inovasi dan pembangunan teknologi di Sabah.
Disamping itu, Dengan capaian komunikasi data yang lebih pantas dan stabil, pelajar serta Masyarakat umum akan memiliki peluang yang lebih luas untuk meneroka ilmu tanpa sempadan, selari dengan keperluan teknologi dan peranti masa kini yang semakin bergantung kepada kecanggihan rangkaian 5G.
lawatan tersebut turut disambut oleh kepimpinan tertinggi Digital Nasional Berhad, termasuk YBhg. Datuk Azman Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif, dan YBhg. Datuk Ahmad Zaki Zahid, Ketua Pegawai Korporat DNB.