✨ Sabah Screen Fest (SSF) 2025 Melabuhkan Tirai Dengan Gemilang! 🎬
Majlis Anugerah Sabah Screen Fest (SSF) 2025 telah berlangsung dengan penuh gemilang pada 24 Disember 2025 (Isnin) baru – baru ini di Grand Ballroom, Shangri-La Tanjung Aru Resort, Kota Kinabalu, membawa tema “Patriotisme Jiwa Merdeka”, yang dianjurkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) Sabah bersama Kementerian Pendidikan Negeri Sabah dengan kerjasama Sabah Creative Economy and Innovation Centre (SCENIC).
Majlis penyampaian anugerah ini telah disempurnakan oleh Setiausaha Tetap Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) Sabah, YBhg. Tuan Hassan bin Mahali, diiringi oleh Puan Doria Tai Yun Tyng, Timbalan Setiausaha Tetap I Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) Sabah dan Tuan Salleh Linggam, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.
Dalam ucapannya, YBhg. Tuan Hassan menegaskan “Kementerian melalui SCENIC Impact Grant memberi sokongan kewangan dan bimbingan kepada penggiat kreatif Sabah, khususnya belia, bagi membuka lebih banyak peluang menghasilkan karya berkualiti dan menembusi pasaran tempatan serta antarabangsa. Dengan usaha berterusan ini, bakat kreatif Sabah akan terus bersinar, memperkukuh komuniti kreatif serta mengharumkan nama negeri dan negara di persada seni antarabangsa.”
Penganjuran ini juga seiring dengan objektif dan prinsip hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) di bawah teras Pembangunan Modal Insan & Kesejahteraan Rakyat, khususnya dalam usaha melahirkan generasi kreatif dan berpengetahuan yang mampu menyumbang kepada pembangunan ekonomi kreatif negeri. Tahun ini, SSF mencatatkan rekod penyertaan sebanyak 194 karya dari seluruh Malaysia dan merupakan satu pencapaian membanggakan yang mencerminkan perkembangan pesat industri kreatif tempatan. Majlis turut diserikan dengan persembahan tarian dan nyanyian, menjadikan penutup tahun ke-12 penganjurannya sejak 2014 ini lebih bermakna dan penuh warna.
Tahniah kepada semua pemenang, dan kepada peserta yang belum berjaya kali ini, jangan berputus asa kerana setiap penyertaan adalah satu langkah penting dalam perjalanan kreatif anda. Teruskan berkarya dan kembali lebih kuat pada edisi akan datang. Dedikasi anda tetap dihargai dan diraikan!