MAJLIS APRESIASI PENGURUSAN SEKOLAH (MAPenS) 2026 PERINGKAT PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH (PPD) SANDAKAN
SANDAKAN |SABTU, 4 JULAI 2026
Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, YB Datuk James Ratib, telah memenuhi jemputan bagi merasmikan Majlis Apresiasi Pengurusan Sekolah (MAPenS) 2026 Peringkat Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sandakan yang berlangsung penuh gemilang di Dewan SMJK Tiong Hua Sandakan
YB Datuk James Ratib menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada seluruh warga pendidik, barisan kepimpinan sekolah, ibu bapa dan para pelajar atas peningkatan prestasi SPM dan STPM 2025 di Daerah Sandakan. Peningkatan Gred Purata Daerah (GPD) SPM daripada 5.06 kepada 4.87 serta Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) STPM daripada 2.86 kepada 2.92 membuktikan bahawa komitmen dan kerjasama semua pihak terus membuahkan hasil.
Kejayaan ini bukanlah noktah penamat, sebaliknya menjadi pemangkin untuk terus memperkukuh budaya kecemerlangan, memperkasa inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran serta melahirkan generasi yang kreatif, berdaya saing dan bersedia menghadapi era digital serta kecerdasan buatan (AI).
Kerajaan Negeri Sabah akan terus komited memperkukuhkan sektor pendidikan melalui pelbagai inisiatif seperti BUDI, BAIK, BAKTI dan BAGUS bagi memastikan tiada anak Sabah tercicir daripada menikmati pendidikan berkualiti.
#𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡𝐌𝐚𝐣𝐮𝐉𝐚𝐲𝐚 #𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 #𝐊𝐏𝐒𝐓𝐈𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡 #𝐌𝐀𝐏𝐞𝐧𝐒𝟐𝟎𝟐𝟔 #𝐏𝐏𝐃𝐒𝐚𝐧𝐝𝐚𝐤𝐚𝐧 #𝐏𝐞𝐧𝐝𝐢𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡