YB Datuk James Ratib meraikan rombongan Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) serta pegawai-pegawai Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dari seluruh negeri dalam satu majlis makan malam ringkas di Putrajaya malam ini.
Majlis ini turut dihadiri oleh Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Raisin Saidin bersama rombongan Kementerian Pendidikan Malaysia cawangan Sabah. Suasana penuh mesra ini menjadi ruang untuk bertukar pandangan, memperkukuh jaringan kerjasama serta menyatukan iltizam dalam usaha memajukan sektor pendidikan di Negeri Sabah.
Rombongan warga pendidikan Sabah turut dijadualkan menghadiri Peluncuran Pelan Pendidikan Negara yang akan disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Pelan ini diharapkan menjadi pemangkin kepada pembaharuan sistem pendidikan negara yang lebih inklusif, progresif dan berdaya saing, selari dengan aspirasi Malaysia MADANI serta keperluan masa depan generasi muda, khususnya di Negeri Sabah.