Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, YB Datuk James bin Ratib, telah menyampaikan teks ucapan Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, sempena Majlis Perasmian Program Latihan Guru bagi SMJ Robotics Competition di SJKC Lok Yuk. Dalam perutusan tersebut, Ketua Menteri mengumumkan bahawa Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM164.01 juta di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13)
Pembangunan modal insan kekal menjadi keutamaan Kerajaan Negeri, khususnya dalam usaha memperkasa generasi muda agar mampu mencapai kemajuan dan kecemerlangan pada masa hadapan. Usaha ini termasuk memperluas peluang biasiswa serta bantuan pendidikan bagi menyokong pembangunan bakat dan potensi anak-anak Sabah.
Antara bidang yang diberi keutamaan ialah pemerkasaan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), pengukuhan bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), latihan dalam sektor pertanian serta pembangunan teknologi digital, termasuk penekanan terhadap literasi kecerdasan buatan (AI).
Inisiatif-inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri dalam memastikan generasi muda Sabah dilengkapi dengan kemahiran masa hadapan serta mampu bersaing dalam landskap ekonomi yang semakin dipacu teknologi.