Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, YB Datuk James bin Ratib, Telah me rasmikan Pusat Sains SainsXplor PETRONAS yang berada di Garden City, Tawau.

Pelancaran SainsXplor Tawau ini mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri Sabah dalam membangunkan masyarakat berdaya saing dan berilmu. Selain menjadi hab sains, pusat ini turut memperkasa golongan belia melalui kemahiran STEM bagi membentuk masa depan Sabah yang lebih progresif. SainsXplor juga berfungsi sebagai platform pembelajaran interaktif yang mencetus minat, kreativiti dan pemikiran kritikal dalam kalangan pelajar serta masyarakat.

Majlis ini turut dihadiri oleh Yang Berhormat Tuan Jordan Jude Ellron, Pembantu Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah; Yang Berbahagia Datuk Zainudin bin Aman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah; Yang Berusaha Tuan Hassan Mahali, Setiausaha Tetap KPSTI Sabah, Yang Berusaha Tuan Ruslan Islahudin, Naib Presiden Kanan dan Ketua Pegawai Sumber Manusia Kumpulan PETRONAS; Yang Berbahagia Datuk Ir. (Dr.) Hj Bacho Pilong, Naib Presiden Kanan, Pengurusan Petroleum Malaysia (MPM), PETRONAS;, serta ketua-ketua jabatan dan wakil-wakil berkaitan.