MEMPERKUKUH HAK DAN KEPENTINGAN SABAH
KOTA KINABALU | 30 Julai 2026
KOTA KINABALU – Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, YB Datuk James Ratib, telah menyertai Mesyuarat Pre-Council Jawatankuasa Teknikal di bawah Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) Bil. 2 Tahun 2026 yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Menteri I, YBhg. Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam, bertempat di Menara Kinabalu, petang tadi. Mesyuarat strategik ini menjadi platform penting bagi meneliti dan membincangkan pelaksanaan perkara berkaitan MA63 secara menyeluruh. Usaha ini amat kritikal bagi memastikan tuntutan hak, pemeliharaan kepentingan, serta kelangsungan pembangunan Negeri Sabah terus diperkasakan secara tuntas selaras dengan semangat asal pembentukan Malaysia.
Sehubungan itu, YB Datuk James Ratib menegaskan bahawa sinergi erat rentas kementerian amat penting demi memastikan setiap ketetapan yang dicapai memberi impak positif kepada rakyat. Kerajaan Negeri melalui Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (KPSTI) kekal bersiap sedia menyokong usaha penyelarasan ini, terutamanya dalam aspek pembangunan modal insan, pendidikan, dan pemantapan teknologi demi melestarikan agenda pembangunan Sabah di bawah hala tuju Sabah Maju Jaya.
Turut hadir bagi menyertai mesyuarat tersebut ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, YBhg. Datuk Zainudin bin Aman, bersama barisan kepimpinan serta wakil kementerian dan jabatan negeri berkaitan.