Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, YB Datuk James bin Ratib, telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP).

Pertemuan ini membuka ruang perbincangan yang konstruktif berkaitan pengurusan perkhidmatan pendidikan, pengukuhan tadbir urus, serta usaha berterusan dalam memperkasa profesion keguruan demi meningkatkan kualiti pendidikan di Sabah.

YB Datuk James bin Ratib amat menghargai atas kehadiran Dato' Haji Adzman Talib, Md Radzi bin Hashim, Datuk Dr. Hjh. Nuinda binti Haji Alias serta Intan Zainab binti Mohd Bustan bersama pegawai-pegawai pengiring.

Kerajaan Negeri melalui Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah komited untuk terus memperkukuh kerjasama strategik bersama SPP dalam memastikan sistem pendidikan negeri ini terus diperkasa, inklusif dan berdaya saing.