Mesyuarat Jawatankuasa Induk Majlis TVET Negeri Sabah (MTNS) Bil. 1/2026

KOTA KINABALU |KHAMIS 16 JULAI 2026

Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, YB Datuk James Ratib, telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Majlis TVET Negeri Sabah (MTNS) Bil. 1/2026 yang berlangsung di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu. Perhimpunan strategik ini turut dihadiri oleh Pembantu Menteri KPSTI, YB Jordan Jude Ellron; Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Tugas-Tugas Khas), YBhg. Datuk Hanafiah Mohd Kassim; Setiausaha Tetap KPSTI, YBhg. Datuk Hassan Mahali; Setiausaha Tetap II KPSTI, YBhg. Tuan Shafaruddin bin Halide; Ketua Pegawai Eksekutif IDS Sabah, YBhg. Prof. Datuk Dr. Ramzah Dambul; serta Ketua Pegawai Eksekutif SCENIC, Tuan Mohd Lan bin Muslim. Pelaksanaan mesyuarat ini bertujuan menyelaras hala tuju pembangunan TVET di Sabah agar lebih tersusun, bersepadu, serta sejajar dengan unjuran keperluan industri dan aspirasi negeri menerusi kerjasama rapat antara kerajaan, institusi pendidikan, dan pemain industri.