KOTA KINABALU | KHAMIS, 16 JULAI 2026

Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi (KPSTI) Sabah dengan kerjasama Lark, Tapway dan Persatuan Pembangunan Usahawan Sabah (SET) telah menganjurkan sesi perkongsian bertajuk "Future Government: AI, Automation & Smart Workplace" bagi memperkenalkan teknologi kolaborasi berasaskan Kecerdasan Buatan (AI) serta penyelesaian Smart Workplace ke arah memperkukuh transformasi digital sektor awam.

Program yang berlangsung selama sehari di AI Experiential Hub, Wisma Bandaraya ini menampilkan perkongsian daripada wakil Exabytes dan Lark, yang berkongsi mengenai penyelesaian digital, automasi tempat kerja serta penggunaan AI bagi meningkatkan produktiviti dan kecekapan organisasi.

Sesi perkongsian ini telah disertai oleh wakil-wakil daripada kementerian, jabatan dan agensi Kerajaan Negeri Sabah. Turut hadir ialah Timbalan Setiausaha Tetap I, Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi (KPSTI) Sabah, YBrs. Puan Doria Tai Yun Tyng.

Program ini mencerminkan komitmen berterusan KPSTI Sabah dalam memperkasa transformasi digital sektor awam melalui penerapan teknologi inovatif yang menyokong penyampaian perkhidmatan kerajaan yang lebih cekap, pintar dan berdaya saing.

#KPSTISabah #SabahMajuJaya #AIExperientialHub