KOTA KINABALU | JUMAAT, 5 DISEMBER 2025
SESI TAKLIMAT BERSAMA YB MENTERI DAN YB PEMBANTU MENTERI PENDIDIKAN, SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI SABAH
Setiausaha Tetap Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, YBhg. Tuan Hassan bin Mahali, telah menyampaikan sesi taklimat kepada YB Datuk James bin Ratib, Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, serta YB Jordan Jude, Pembantu Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, bertempat di Bilik Mesyuarat Broadband, Wisma Bandaraya, Kota Kinabalu.
Taklimat ini bertujuan memberikan penerangan menyeluruh mengenai struktur organisasi kementerian serta jabatan dan agensi di bawah naungannya. Dalam sesi tersebut, YB Menteri turut menyampaikan amanat serta hala tuju kementerian bagi tempoh lima (5) tahun ke hadapan, dengan penekanan terhadap usaha memperkasa pendidikan, sains, teknologi dan inovasi.
Seluruh warga kementerian merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan mengalu-alukan kehadiran YB Menteri dan YB Pembantu Menteri. Semoga kepimpinan YB Menteri dan YB Pembantu Menteri dapat terus memperkukuh serta memperkasakan hala tuju pendidikan, sains, teknologi dan inovasi di Negeri Sabah.
Turut hadir sama, Timbalan Setiausaha Tetap I, Puan Doria Tai Yun Tyng; Timbalan Setiausaha Tetap II, Encik Shafaruddin bin Halide; Pengarah Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri (JPKN), Puan Ernywati Dewi Abas; Pengarah Perpustakaan Negeri Sabah, Encik George Yih Ching Yaw; Pengarah Jabatan Pembangunan Sumber Manusia, Puan Kamsiah binti Ibrahim; Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Net, Encik Chin Kah Yi; Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif (SCENIC), Puan Uliantie Sarjuni; Pengarah SSTC, Puan Natalie Fung; Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sabah (JPNS), Encik Mohd Fadzli bin Abd Rozan; Pengarah SKMM Cawangan Kota Kinabalu, Encik TS. Reuben James Pailus; serta para Timbalan Pengarah, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, ketua-ketua bahagian dan pegawai kementerian, jabatan serta agensi yang berkaitan.
#kementerianpendidikansainsteknologidaninovasisabah
#KPSTI
#MESTIS