Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, YB Datuk James Ratib, telah menghadiri Majlis Peluncuran Tenaga Lestari Rakyat Sabah yang disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Musa bin Haji Aman, bertempat di Kota Kinabalu, pagi tadi. Majlis berprestij ini merupakan langkah strategik dalam memperkukuh agenda tenaga lestari dan pembangunan mampan di Sabah. Peluasan penggunaan tenaga bersih ini bukan sahaja bertujuan memelihara kelestarian alam sekitar, malah membuka ruang luas kepada aktiviti penyelidikan, pembangunan teknologi, serta inovasi baharu yang membawa manfaat secara langsung kepada rakyat.
Turut hadir mewakili YAB Ketua Menteri Sabah ialah Timbalan Ketua Menteri I merangkap Menteri Kerja Raya, YBhg. Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam, serta Ketua Pegawai Eksekutif Energy Commission of Sabah (ECoS), YBhg. Datuk Ir. Abdul Nasser bin Abdul Wahid. Dalam pada itu, YB Datuk James Ratib menegaskan bahawa pemerkasaan agenda tenaga lestari perlu disokong padu oleh pembangunan modal insan, pendidikan STEM, dan inovasi tempatan. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri melalui Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (KPSTI) kekal komited memantapkan sinergi antara pihak kerajaan, industri, dan institusi akademik demi melahirkan generasi muda yang bersedia menerajui ekonomi hijau dan teknologi masa hadapan selaras dengan aspirasi Sabah Maju Jaya.