UtusanMelayu - SURUHANJAYA  Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) Sabah menandatangani Nota Kerjasama (NoA) sebagai komitmen bersama dalam memperkukuh budaya integriti dan memperkasa pendidikan pencegahan rasuah dalam kalangan warga institusi dan masyarakat.

Nota Kerjasama itu ditandatangani antara Pengarah SPRM Sabah, Datuk Mohd Fuad Bee Basrah dan Pengarah JPSM Sabah, Dr Kamsiah Ibrahim disaksikan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya serta Setiausaha Tetap Kementerian Pendidikan, Sains,Teknologi dan Inovasi (KPSTI) Sabah, Datuk Hassan Mahali di Sabah International Convention Centre (SICC) di Kota Kinabalu, hari ini.

Artikal Penuh : https://utusanmelayuplus.com/sprmjpsm-meterai-nota-kerjasama-perkukuh-b…