Datuk Mohd Hanafiah Mohd Kassim telah mewakili Yang Berhormat Menteri KSTI bagi menyampaikan Ucapan alu-aluan kepada Delegasi BIMP EAGA kali ke 11 , ICT CEO Forum & ICT Cluster Meetings 2024 dalam acara Majlis Makan Malam Sambutan di SICC malam hari ini. Di dalam ucapan tersebut, YB Menteri sangat menghargai ketibaan seluruh delegasi ke negeri Sabah. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah amat berbesar hati untuk menjadi tuan rumah kepada kumpulan yang begitu dihormati dari Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur. Lawatan kerja ini adalah bukti kukuh terhadap kekuatan kerjasama serantau ini, dan komitmen bersama bagi memajukan kemakmuran dan pertumbuhan bersama. Jika ada kelapangan para delegasi di minta bagi melihat sendiri keindahan pantai Tanjung Aru yang cuma 20 minit dari Bandaraya Kota Kinabalu. Akhir sekali, selamat datang ke Kota Kinabalu. Semoga perbincangan dan Forum kali ini membuahkan hasil, mengukuhkan hubungan , dan kerjasama di masa depan dapat dijayakan dengan lebih cemerlang
- Utama
- Profil
- Media
- Muat Turun
- Pautan
- Microsite



