ππππππ πππππππππππππ ππππ ππππππ (ππππ ππππ)
6 November 2024, Rabu β Majlis Perasmian Penutupan Program Borneo International Tech Summit (BITS 2024) telah berlangsung dengan jayanya di Sabah International Convention Centre (SICC), yang dirasmikan oleh Tuan Syahrin bin Samsir, Timbalan Setiausaha Tetap II, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (KSTI). Turut hadir pada majlis tersebut adalah Ir Wan Murdani Wan Mohammad, Ketua Pemacu Industri Digital Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC); Puan Faezrah Rizalman, Pengarah Eksekutif Elevate Academy; Encik Chin Kah Yi, Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Net Sdn. Bhd.; serta Encik Kelvin Chua, Pengarah Kejuruteraan Sistem Fortnet.
Program Borneo International Tech Summit (BITS) 2024 bertujuan untuk menyediakan sebuah platform utama bagi para inovator, penggiat teknologi, dan pemain industri untuk bertukar idea, berkongsi pengetahuan, serta menjalin kerjasama strategik. Program ini juga memberi peluang kepada para peserta untuk meneroka perkembangan terkini dalam bidang teknologi dan inovasi yang dapat mempercepatkan kemajuan dalam industri tempatan dan global.
Program ini turut menyokong inisiatif kerajaan Negeri Sabah dalam menggalakkan transformasi digital serta pembangunan teknologi yang mampan, sejajar dengan matlamat Sabah Maju Jaya dan aspirasi Malaysia Madani. BITS 2024 turut memberi ruang bagi meningkatkan kerjasama antara sektor awam dan swasta, serta memperkukuhkan ekosistem inovasi di peringkat serantau.