π‹πˆππƒπ”ππ†πˆ πˆππ…π‘π€π’π“π‘π”πŠπ“π”π‘, 𝐉𝐀𝐆𝐀 𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 π‘π€πŠπ˜π€π“

KOTA KINABALU l KHAMIS, 20 OGOS 2026

Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, YB Datuk James Ratib, merasmikan Program Taklimat β€œMemutuskan Rantaian Vandalisme Infrastruktur Telekomunikasi: Dari Tapak ke Pasaran” anjuran MCMC di Kota Kinabalu, hari ini. Beliau menegaskan bahawa infrastruktur telekomunikasi merupakan kemudahan asas kritikal yang menyokong sektor pendidikan, perniagaan, dan perkhidmatan awam. Kerajaan Negeri memandang serius isu ini memandangkan Sabah merekodkan 1,191 insiden gangguan melibatkan 257 tapak dengan kerugian RM17.3 juta bagi tempoh 2025 hingga Jun 2026.

Sehubungan itu, YB Datuk James Ratib menyeru agar rantaian vandalisme diputuskan secara menyeluruh menerusi sinergi rapat antara MCMC, agensi penguatkuasaan, PBT, industri, dan masyarakat. Kerajaan Negeri melalui Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (KPSTI) bertekad memastikan pembangunan digital terus memberi manfaat saksama kepada rakyat, khususnya di kawasan luar bandar. Beliau menggesa orang ramai bersama-sama melindungi infrastruktur awam ini demi melestarikan agenda pembangunan di bawah hala tuju Sabah Maju Jaya.