.

Image removed.Image removed. SABAH SCREEN FEST (SSF) 2025 – Edisi Ke-12 Image removed.Image removed.

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) Sabah dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sabah serta Sabah Creative Economy and Innovation Centre (SCENIC) sekali lagi membawakan platform tahunan yang ditunggu-tunggu iaitu Sabah Screen Fest (SSF) 2025!

Image removed. Bermula sejak tahun 2014, Sabah Screen Fest kini memasuki tahun ke-12 penganjurannya sebagai pentas utama untuk mencungkil bakat baharu, memperkasa daya kreativiti serta memberikan pengiktirafan kepada penggiat industri kreatif digital di Negeri Sabah.

Image removed. Tahun ini, SSF 2025 hadir dengan tema:

Image removed. Patriotism Jiwa Merdeka Image removed.

Image removed. APA YANG MENARIK TAHUN INI?

Peserta berpeluang menonjolkan karya dalam pelbagai kategori menarik dengan hadiah lumayan berupa:

Image removed. Wang Tunai

Image removed. Trofi Kemenangan

Image removed. Sijil Pengiktirafan

Inilah peluang untuk anda mengukir nama dalam industri kreatif sambil membawa pulang ganjaran yang berprestij!

Image removed. KATEGORI PERTANDINGAN:

Image removed. Kategori Terbuka

• Filem Pendek

• Animasi

• Dokumentari

• Pesanan Khidmat Awam (PSA)

• Visual Puisi Kreatif (Kategori Baharu!)

Image removed. Daftar di sini: https://shorturl.at/ocNJ4

Image removed. Kategori Sekolah (Sekolah Rendah & Sekolah Menengah)

• Filem Pendek

• Animasi

Image removed. Daftar di sini: https://shorturl.at/niGUW

Image removed. Kategori Sekolah (Sekolah Rendah & Sekolah Menengah) – Pendidikan Khas

• Filem Pendek

Image removed. Daftar di sini: https://shorturl.at/wEJyy

Image removed. TARIKH PENTING:

Image removed. Hebahan Pertandingan : 25 Ogos 2025

Image removed. Tarikh Tutup Penyertaan : 24 Oktober 2025

Image removed. Penjurian : 27 – 31 Oktober 2025

Image removed. Bengkel Filem Pendek & Digital Storytelling Animasi : 12 – 13 November 2025

Image removed. Malam Anugerah Sabah Screen Fest 2025 : 14 November 2025

Image removed. OBJEKTIF SABAH SCREEN FEST 2025:

• Memberikan pendedahan tentang industri kreatif & digital berasaskan multimedia.

• Membuka peluang kepada bakat baharu untuk mengetengahkan karya mereka kepada umum.

• Memberikan pengiktirafan kepada para pemenang pertandingan.

• Melahirkan generasi kreatif, celik IT, beretika dan berkemahiran tinggi.

• Menggalakkan persaingan sihat melalui pertandingan yang merangsang minda kritis & inovatif.

• Mengangkat martabat industri kreatif Sabah dengan memperkenalkan anugerah khas karya tempatan.

Image removed. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada komuniti kreatif digital Sabah. Sertai, berkarya dan menangi hadiah hebat dalam Sabah Screen Fest 2025!

Image removed. MAKLUMAT LANJUT:

Image removed. Sila Tekan Pautan Ini : https://shorturl.at/Oy6sr

#SabahScreenFest2025 #KSTISabah #SCENIC #IndustriKreatif #PatriotismJiwaMerdeka